Site Loader
Rock Street, San Francisco

Kekurangan
air dan bekalan merupakan antara isu serta cabaran yang perlu dihadapi Loji
Rawatan Air Batu Kitang. Pada 6 Ogos 2014, melalui artikel yang telah
diterbitkan oleh Utusan Borneo Sarawak, Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar
Tengah Ali Hasan telah memaklumkan bahawa Lembaga Air Kuching (KWB) telah
mengambil inisiatif untuk meninggikan kawasan tadahan hujan sebanyak 0.5 meter
kepada 2.5 meter, bagi membolehkan penyimpanan air ditingkatkan kepada 3, 000
megaliter (ML). Di samping itu, Datuk Amar Tengah Ali Hasan juga memaklumkan
bahawa Lembaga Air Kuching masih di dalam peringkat mengkaji kemungkinan
membina bank simpanan sungai yang boleh dikawal serta meningkatkan kapasiti
penyimpanan air di Loji Rawatan Air Batu Kitang. Kajian ini dijalankan bagi
menangani masalah kekurangan air daripada berlaku terutamanya semasa musim
kemarau berpanjangan.

         Beliau juga menjelaskan bahawa projek
menaik taraf dan pemulihan Loji Rawatan Air Kuching akan meningkatkan proses
rawatan air daripada 200 juta liter sehari (MLD) kepada 400 juta liter sehari
(MLD). Peningkatan bekalan air yang telah dirawat dan diproses tersebut
dijangka mampu untuk memenuhi permintaan air di bandar raya Kuching dan luar
bahagian Kuching. Bekalan air tersebut juga mampu untuk membekalkan air
sehingga ke bahagian Samarahan. Melalui penjelasan yang telah dimaklumkan
beliau ini, isu kekurangan air dan bekalan yang berlaku akibat daripada kemarau
yang berpanjangan mampu diatasi dengan lebih baik dan sistematik. Menteri
Kemudahan Awam Datuk Amar Tengah Ali Hasan berkata demikian semasa melawat Loji
Rawatan Air Batu Kitang dan Empangan/Weir Sungai Sarawak Kiri pada 5 Ogos 2014.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

         Maklumat lain yang telas dijelaskan
beliau mengenai inisiatif yang diambil oleh Lembaga Air Kuching (KWB) dalam
mengatasi isu serta cabaran kekurangan air dan bekalan adalah KWB memiliki
kapasiti reka bentuk sebanyak 580 juta liter sehari (MLD) dan penambahan 200
juta liter sehari (MLD) ini akan menjadikan kapasiti pemasangan Lembaga Air
Kuching (KWB) kepada 780 juta liter sehari (MLD). Oleh hal yang demikian,
melalui peningkatan kapasiti tersebut, bekalan air daripada Loji Rawatan Batu
Kitang dapat menyalurkan air bersih bukan hanya untuk penduduk di Kuching malah
bekalan air tersebut juga mampu disalurkan hingga ke Lundu, Sematan, Puncak
Borneo dan Asajaya.

 

         Di samping itu, isu kekurangan air dan
bekalan yang dihadapi Loji Rawatan Air Batu Kitang juga berpunca daripada
kawasan tadahan hujan yang belum diwarta. Sebanyak 58 tadahan hujan yang telah
dikenal pasti belum diwartakan oleh pihak yang bertanggungjawab menyebabkan
tindakan penguatkuasaan, pemantauan dan pemulihan tidak dapat dilaksanakan
dengan segera. Namun begitu, aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan
juga masih tidak mencukupi untuk mengurangkan aktiviti terlarang daripada
berlaku sekurang-kurangnya dalam lingkungan lapan kilometer dari muka suak. Hal
ini telah dijelaskan oleh Ketua Audit Negara (KAN) Tan Sri Dr Madinah Mohamad
dalam laporan KAN siri 1, 2016 yang dikeluarkan pada 31 julai 2017.

         Selain itu, beliau juga memaklumkan
bahawa tujuan pengauditan tersebut dilakukan adalah untuk menilai pengurusan
sumber air mentah di Sarawak diurus dengan berhemat serta lengkap bagi mencapai
objektif yang telah ditetapkan. Pada 1 Ogos 2017, Laporan Kualiti Alam Sekitar
(EQR) oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak mendapati
kualiti air di 18 sungai telah dikategorikan sebagai separa tercemar dan
memerlukan rawatan lanjut. Sekiranya kualiti air sungai tidak dipulih, kapasiti
Loji Rawatan Air (LRA) Batu Kitang bagi kawasan Kuching serta Samarahan akan
menghadapi kekurangan untuk memenuhi permintaan air bersih pada tahun 2020.
Oleh
hal yang demikian, pihak berwajib perlu mengambil jalan penyelesaian supaya
setiap kawasan di Kuching dan Samarahan dapat menerima bekalan air bersih
mencukupi pada tahun 2020.

 

Post Author: admin

x

Hi!
I'm Eunice!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out