Site Loader
Rock Street, San Francisco

Demokrasi Berparlimen
adalah sebuah sistem pemerintahan negara yang melibatkan rakyat secara langsung.
Ia merupakan sistem kerajaan yang memberi peluang kepada rakyat untuk membentuk
kerajaan sendiri dengan bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Rakyat
berhak untuk menyokong, mengekalkan atau menukar pentadbiran kerajaan yang
sedia ada melalui proses pengundian dalam pilihan raya. Terdapat dua struktur
pemerintahan negara demokrasi iaitu Sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem
Republik. Demokrasi menurut para ahli:

Demokrasi
adalah pemerintahan oleh rakyat dan untuk rakyat yang melaksanakan kekuasaan
Negara ialah wakil-wakil rakyat yang terpilih. Di mana rakyat telah yakin,
bahawa segala kehendak dan kepentingannya akan diperhatikan di dalam
melaksanakan kekuasaan Negara.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

     -Hans Kelsen-

Sistem
demokrasi adalah sistem pemerintahan yang diselenggarakan dari rakyat, oleh
rakyat, dan untuk rakyat.

         -Abraham Lincoln-

Sistem Raja
Berperlembagaan adalah satu bentuk pemerintahan yang mengekalkan Raja sebagai
pemerintah yang tertinggi dalam negara dan dibantu oleh Perdana Menteri.
Manakala Sistem Republik menolak institusi beraja, kerajaannya diketuai oleh
seorang presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya sebagai contoh
di Amerika Syarikat. Ada sesetengah negara presidennya memegang dua jawatan
iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara seperti di negara Perancis, Korea
Selatan, India dan Filipina.

Majlis yang membuat
undang-undang (legislatif) / akta adalah parlimen. Parlimen adalah tempat di
mana undang-undang digubal di dalam satu persidangan dan ianya biasa digunakan
dalam negara komanwel sebagai satu perhimpunan perundingan. Ianya terbahagi
kepada dua jenis iaitu unikameral (satu dewan) dan bikameral (dwidewan).
Parlimen di Malaysia adalah struktur dwidewan terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Di Amerika Syarikat pula mempunyai House of Representative dan House of Senate manakala di England
terdiri daripada House of Lord (Dewan
Tinggi) dan House of Common (Dewan Bawah).

Sejak
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen
dengan Raja Berperlembagaan. Sistem ini telah berjaya mengekalkan kerajaan yang
stabil, adil dan sejahtera membuktikan kekukuhan Parlimen di negara kita. Di dalam Perlembagaan Malaysia, Seri Paduka Baginda
Yang Di-Pertuan Agong dilantik sebagai Ketua Negara iaitu Raja Berperlembagaan
dan sistem pentadbiran negara mengikut garis panduan yang tertera di dalam
Perlembangaan. Pindaan perlembagaan negara digubal selaras dengan sistem
pemerintahan dan perkembangan politik semasa. Terdapat tiga bahagian kuasa
dalam pentadbiran di Malaysia iaitu Perundangan (Legislatif), Kehakiman
(Judisiari) dan Pentadbiran (Eksekutif ) yang dipegang oleh pihak yang
berasingan bagi mengelakkan pembolotan kuasa. Malaysia meletakkan perlembagaan
sebagai undang-undang tertinggi yang menjadikannya sebagai asas kepada
pembentukan sesebuah kerajaan.

 

Rajah 1: Ciri-ciri sistem Demokrasi di Malaysia

Perlembagaan Malaysia
dibukukan sebagai dokumen rasmi yang menjadi rujukan dan panduan kerajaan dalam
mentadbir negara dan pelaksanaan kuasa. Di dalamnya terkandung 183 perkara yang
meliputi segala peraturan dan prinsip, diperkenalkan pada 16 September 1963.
Pembahagian kuasa telah dibuat di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan
Negeri kerana Malaysia ialah sebuah negara persekutuan. Negeri-negeri yang
berada dalam Persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab
selaras dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Negeri. Seperti yang terkandung
di dalam Perlembagaan Malaysia, Kerajaan Pusat akan mengambil sebahagian kuasa
dari setiap negeri-negeri seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar
negara dan lain-lain manakala bagi kerajaan negeri, ada perkara-perkara yang
dijadikan kuasa negeri maka hak negeri untuk mentadbirkan kuasanya. Pelbagai peruntukan yang terkandung di dalam perlembagaan ini
seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang
Di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Ini adalah
untuk menjamin kerajaan memastikan tanggungjawab kepada rakyat dilaksanakan
melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya. Selain itu, memudahkan parti
politik yang memerintah mengetahui arah dan hala tuju pentadbiran negara.

 

Rajah
2: Contoh Dokumen Perlembagaan

 

Struktur Parlimen di
Malaysia terdiri daripada tiga komponen iaitu :

1.      Yang
di-Pertuan Agong,

2.      Dewan
Negara dan

3.      Dewan
Rakyat.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong merupakan
Ketua Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Perlaksanaan
tugas Baginda berdasarkan Perlembagaan dan penasihatnya ialah Perdana Menteri.

Dewan Negara atau Senat merupakan
dewan tertinggi daripada Dewan Rakyat tetapi secara amnya, Dewan Rakyat menjadi
lebih penting berdasarkan keutamaan keanggotaannya yang dipilih. Kedua-dua
dewan, ahlinya adalah sama taraf sebagai Ahli Parlimen dan boleh dilantik
menjadi ahli Jemaah Menteri. Sebelum sesuatu cadangan atau dasar dijadikan rang undang-undang,
Menteri yang dipertanggungjawabkan hendaklah berbincang atau membuat rundingan
dengan Peguam Negara semasa proses penggubalan. Penggubal Undang-undang akan
menggubal rang undang-undang yang telah diluluskan setelah rundingan dengan
menteri dan pihak yang berkitan dengan rang undang-undang tersebut. Penggubalan
rang undang-undang ini haruslah di bawa kepada Jemaah Menteri untuk
persetujuan. Rang undang-undang yang telah diluluskan akan dimaklumkan kepada
Setiausaha Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Negara oleh Menteri yang
berkenaan. Seterusnya rang undang-undang itu akan diedarkan oleh Setiausaha
Dewan kepada semua Ahli Parlimen. Sebelum rang undang-undang diluuskan ianya
perlu melalui beberapa peringkat iaitu Bacaan Pertama pemberitahuan secara
lisan mengenai tujuannya dan tajuk rang undang-undang itu manakala Bacaan Kedua
adalah bagi prinsip merupakan peringkat paling penting untuk dibahaskan.

 

Post Author: admin

x

Hi!
I'm Eunice!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out