Site Loader
Rock Street, San Francisco

bab 2

 

kajian literatur

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Bab dua ini akan menerangkan kajian secara
literatur ke atas keberkesanan M-Learning. Bab ini diliputi definifi M-Learning,
kaedah pembelajaran melibatkan para pelajar, cabaran terhadap M-Learning  dan sumbangan kaedah M-Learning. Konsep-konsep
ini berdasarkan kepada pandangan para pengkaji dari segi teori dan amalannya
serta dapatan-dapatan daripada kajian-kajian yang lepas.

 

2.1 Pedagogi
pendidikan

 

Pedagogi
juga dapat ditakrifkan sebagai kemahiran mengajar yang digunakan oleh guru
untuk menyampaikan pengetahuan yang khusus dalam sesuatu bidang (National Board
For Professional Teaching Standards, 1998).  Dimulakan dengan Pedagogi merupakan kajian dalam pengajaran dimana khususnya
pengajaran didalam pendidikan formal. Dengan erti kata lain, ia merupkan seni
dan sains mengenai cara mengajar di sekolah atau kelas. Seiring dengan
peredaran masa dan pemantapan bidang pendidikan, konsep pedagogi telah
berkembang dan digunakan dalam konteks pengajaran di semua peringkat sekolah
hingga ke peringkat universiti. Proses pengajaran biasanya melibatkan beberapa
aktiviti penting umpamanya aktiviti perancangan, aktiviti perlaksanaan,
aktiviti menilai dan sebagainya (Husin & Abdul Aziz, 2004).   

 

Jika
ditinjau berkaitan dengan konsep pedagogi didapati bahawa konsep pedagogi dari
semasa ke semasa semakin kompleks. Selain itu pengetahuan dan pemahaman tentang
pedagogi kian berkembang dan bersepadu (Baharun, 2002).  Sebelum ini, kajian awal mengenai pengajaran
tertumpu kepada pengurusan dan organisasi bilik darjah sahaja tetapi pada masa
kini, kesesuaian M-Learning dalam proses pembelajaran juga perlu diberi
perhatian. Dari perspektif pedagogi, M-Learning merupakan dimensi baru yang
menyokong proses pembelajaran (Harvey, 2003). Di samping itu M-Learning juga
menawarkan persekitaran pembelajaran yang bersesuaian untuk membantu aktiviti
pembelajaran di dalam dan di luar kelas (Fleischman, 2001).

 

Penyelidikan (Adam & Morgan, 2007) telah
membuktikkan penggunaan sumber luar dalam bidang pendidikan khususnya akan
memberikan manfaat kepada golongan dalam bidang pendidik dan pentadbir laman
web untuk menghasilkan serta mereka cipta kandungan dalam perisian berpandukan
acuan kehendak pedagogi bagi sesebuah institut pendidikan tinggi yang tersebut.
Ini kerana menurut Rogers (2002) pula telah menganalisi teori-teori berkenaan
pembelajaran tidak rasmi bagi  kalangan
peringkat orang dewasa dimana diperingkat ini lebih cenderung belajar tanpa
terikat dengan jangka masa yang ditetapkan kerana mudah menjadi  bosan.

 

       Secara
asasnya Pedagogi adalah ilmu yang membincangkan pendidikan, iaitu ilmu
pendidikan. Pendidikan adalah berfungsi bagi  meningkatkan taraf kehidupan seseorang, khusus
untuk individu ataupun semua golongan dalam kehidupan bermasyarakat. 

Post Author: admin

x

Hi!
I'm Eunice!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out