Site Loader
Rock Street, San Francisco

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh masyarakat untuk menjayakan hasrat dalam mengukuhkan perpaduan dikalangan rakyat di negara kita ialah bergotong-royong. Menurut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud tolong-menolong ataupun kerja bersama-sama (Kamus Dewan Edisi Ketiga 2000, p. 412). Kebanyakkan aktiviti gotong-royong ini dilakukan di perkampungan dan ia amat kurang dilakukan di bandar pada masa kini. Pada pendapat kami, aktiviti gotong royong ini perlu dihidupkan semula di negara kita untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum. Aktiviti gotong-royong memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Sebagai contoh, pihak rakyat sepatutnya bekerjasama supaya hasrat ini dapat dijalankan dengan lancar dan merupakan mengukuhkan semangat perpaduan kerana kita hendak bantu-membantu dan bekerjasama untuk membersihkan tempat-tempat itu. Aktiviti kemasyarakatan seperti ini mampu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Menurut Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir. Kamaruzzaman Johari, melalui aktiviti-aktiviti ini, ia membolehkan masyarakat berinteraksi sesame sendiri serat mengeratkan tali silaturahim. Beliau juga turut berkata bahawa melalui aktiviti dan program yang dijalankan akan memberi manfaat kepada penduduk sebagai contoh pengetahuan tentang aspek keselamatan kejiranan mereka melalui maklumat yang disediakan oleh pihak-pihak yang terlibat. Kepelbagaian program dan aktiviti yang dijalankan juga dapat menguatkan semangat kejiranan seterusnya mewujudkan komuniti yang harmoni, sejahtera dan muafakat dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, amalan gotong-royong dapat memupuk nilai-nilai murni dan semangat perpaduan di kalangan masyarakat di seluruh Malaysia. Selain itu, budaya rumah terbuka ketika sambutan perayaan juga boleh mengeratkan perpaduan antara kaum. Perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai, dan sebagainya memberi peluang untuk pelbagai kaum yang berlainan untuk saling mengunjungi. Sebagai contoh, orang melayu yang mengadakan rumah terbuka semasa Hari Raya Aidilfitri menjemput rakan-rakannya yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Amalan rumah terbuka ini dapat membantu mereka mempelajari adat dan budaya kaum Melayu serta mengelakkan prejudis terhadap keharmonian kaum . Secara tidak langsung, tradisi rumah terbuka dapat memantapkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Kewujudan amalan murni ini membolehkan negara yang terdiri dari masyarakat yang berbilang kaum untuk memahami adat kaum-kaum lain. Di samping itu, aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh masyarakat untuk menjayakan hasrat tersebut termasuklah menyertai aktiviti-aktiviti sukan Maraton. Menurut Malaysia Aktif, Sukan Maraton adalah satu cara untuk mengukuhkan perpaduan. Orang yang berbilang kaum menyertai maraton bukan sahaja dapat menyihatkan badan tetapi juga dapat meningkatkan semangat kesatuan antara rakyat. Oleh itu, rakyat yang bersatu padu akan dilahirkan dengan menyertai sukan maraton. Seterusnya, sukan maraton juga mengalakkan gaya hidup sihat serta semangat perpaduan. Melalui sukan maraton, rakyat berpeluang untuk berkomunikasi dengan individual yang berbilang kaum serta budaya satu sama lain . Mereka dapat berkongsi minat terhadap sukan ataupun perkara lain semasa menyertai sukan maraton. Oleh itu, semangat perpaduan dapat dikukuhkan melalui sukan maraton.

Post Author: admin

x

Hi!
I'm Eunice!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out